43 Tempat Percutian Menarik di Malaysia

By Ihsan Nasirwww.maisinggah.com

“Ada tak tempat menarik selain dari hotel yang boleh saya tinggal ketika bercuti nanti?”
Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian. Ini kerana, selain daripada tempat menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih untuk menginap juga penting untuk memastikan kita dapat kepuasan penuh semasa bercuti.
Hasil dari misi peribadi saya mencari tempat penginapan luarbiasa semasa bercuti nanti, saya telah menyusun senarai 43 tempat percutian menarik di Malaysia.
Setiap satu tempat yang disenaraikan, menjanjikan pengalaman bercuti yang istimewa dan berlainan.
Mungkin anda mencari pengalaman bermalam diatas kapal, camping dibawah langit malam dihias bintang, atau menenangkan minda sambil dikelilingi hutan hijau yang belum pernah disentuh manusia, pasti boleh anda alami di salah satu resort yang tersenarai di bawah.

43. Villaku, Pahang

Villaku Residences yang terletak di Balok Kuantan ini merupakan dua villa yang telah digabungkan menjadi satu.
Setiap Villa boleh memuatkan 18 orang dan mempunyai kolam renang peribadi yang tersendiri.
Lokasi dan rekebentuk Villa yang menarik membuat tempat ini ideal untuk bercuti bersama keluarga, rakan-rakan atau boleh digunakan untuk majlis seperti perkahwinan tepi pantai.
Apabila anda sudah puas mandi swimming pool, anda boleh ke pantai yang hanya beberapa langkah dari laut yang tenang.
Alamat: Lot 28195, Kg Pantai Balok, 26080, Balok, Kuantan, Pahang.
Telefon: +6019 266 9669
Facebook: Villaku Residence
Instagram: Villaku Residence

42. Tadom Hill Resort, Selangor

Kalau anda mencari destinasi yang berlainan dengan harga yang berbaloi untuk bercuti bersama rakan–rakan, Tadom Hill Resort ini pasti menjadi pilihan utama anda.
Anda boleh menjumpai Tadom Hill Resort di Banting Selangor. Jika anda sedar resort ini sudahpun menjadi viral di media sosial.
Ini kerana pengunjung ke resort ini bukan saja dapat memilih untuk bermalam didalam chalet terbuka atau kemah, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang boleh dijumpai di sana. Nak mengelakkan panas matahari tengah hari, terjun saja dalam tasik yang ada disitu.
Alamat : Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor, Malaysia
Telefon : +6013 816 1175
Facebook : Tadom Hill Resort
Instagram : Tadom Hill Resort
Laman Web : tadomhillresorts.com

41. Fig Tree Hill, Pulau Pinang

Fig Tree Hill Pulau Pinang ini menawarkan suasana yang tenang untuk berehat bersama keluarga. Hanya 15 minit drive dari lapangan terbang Pulau Pinang, Resort ini akan buat anda lupa hiruk-piruk bandar yang and baru tinggalkan.
Alamat : Jl. Kenari, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Telefon : +6019 362 0270

40. Sailors Rest, Pahang

Jika anda mencari pengalaman bermalam di atas sebuah bot, anda perlu ke Sailor’s Rest Bentong, Pahang. Bot ini boleh memuatkan 2 orang dan mempunyai tempat rehat dan ruang tamu yang tersendiri.
Jika tidur diatas air bukan didalam agenda anda, anda boleh memilih untuk bermalam di chalet atau berkelah di kawasan kemah yang disediakan.
Alamat: Lot 8592, Lorong Dato Panglima, Kg. Sg. Lurau, Janda Baik,28750 Bentong, Pahang
Telefon : +6012 360 9227 | 603-4292.7036
Laman Web: sailorrest.com

39. Casabrina Villa, Pahang

Hanya satu jam dari Bandar Kuala Lumpur jika anda memandu, Casabrina Villa Pahang merupakan tempat dimana kemewahan dan keindahan alam semulajadi bertemu.
Gabungan hutan lipur dan keselesaan hotel 6 bintang menjadikan resort ini ideal untuk pencinta alam yang mengutamakan keselesaan.
Berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang menakjubkan. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golf, jungle trekking dan safari.
Alamat : Jalan Tras, Mukim Tras 27600 Raub, Pahang.
Telefon : +6016 980 3222
Instagram: Casabrina Villa’s
Laman Web: casabrina.net

38. Malihom, Pulau Pinang

Jika anda sedang merancang percutian ke Pulau Pinang dan masih mencari resort untuk tinggal semasa anda disana, Malihom Retreat mungkin apa yang anda carikan.
Malihom Retreat pulau pinang ini letaknya di Balik Pulau dan menawarkan pengalaman bercuti yang menarik dekelilingi pokok-pokok hijau.
Alamat : Kiri N/t 168 Bukit Penara Mukim 6, Balik Pulau, Pulau Pinang, Malaysia
Telefon : +604 261 0190
Facebook: Malihom Retreat
Instagram: Malihom Retreat
Laman Web: malihom.com

37. Idaman House, Pahang

Idaman House ini terletak di Tanarimba Janda Baik, hanya 35 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur.
Untuk Pencinta Alam Semulajadi, Janda baik mempunyai spektrum spesis tumbuhan dan hidupan liar yang luas.
Di sini anda dapat rumah persendirian 5 bilik yang boleh memuatkan 10 orang tetamu. Dari balkoni bilik anda akan melihat pemandangan hutan hujan tertua di Malaysia. Sesuai untuk Weekend Getaway bersama keluarga atau rakan-rakan.
Alamat: Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 20750 Kampung Bukit Tinggi, Pahang,
Telefon: +603 2730 9988

36. Masbro Village, Melaka

Kepada suka bergambar, ini mungkin destinasi terbaik untuk anda. Terletak di kawasan Paya Rumput Melaka, Masbro Village ini merupakan perkampungan berwarna-warni yang serupa dengan apa yang boleh di jumpai di Brighton Beach Melbourne Australia.
Hotel Butik yang berwarna-warni ini lengkap dengan segala kemudahan untuk memastikan penginapan anda selesa.
Hanya 7 kilometre dari pusat bandar bersejarah Melaka, tempat ini bagus jika anda menjari tempat picturesque yang berdekatan dengan tempat – tempat menarik di melaka.
Alamat : Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka
Telefon : +6013 313 6872
Facebook: Masbro Village
Instagram: Masbro Village

35. Philea Resort, Melaka

Philea resort merupakan resort bertaraf 5 bintang dengan seni bina unik yang terletak di Durian Tunggal Melaka.
Antara kemudahan yang disediakan di resort ini adalah kolam renang, sauna, kelab kanak-kanak, pusat kecantikan, padang golf dan spa. Resort ini juga berhampiran dengan Zoo Melaka.
Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75350 Melaka, Malaysia
Telefon : +606 289 3399
Facebook: Philea Resort
Instagram: Philea Resort
Laman Web: phileahotel.com.my

34. Templer Park Rainforest Retreat, Selangor

Templar Park Rainforest Retreat ini menjadi destinasi utama pilihan pelancung luar Negara yang mencari destinasi Eco Tourism yang tidak jauh dari Bandar Kuala Lumpur.
Hanya 40 minit memandu dari pusat bandar, resort yang terletak di tengah-tengah hutan simpan Kancing ini memberi anda peluang untuk lari dari kesibukan bandar tanpa berjalan jauh. Sesuai untuk percutian hujung minggu yang singkat.
Alamat : 24, Jalan 3/2, Templer Heights, Templer Park, 48000 Rawang, Selangor
Telefon : +6012 220 5033
Laman Web: tprr.net

33. Desa Balqis, Melaka

Desa Balqis menawarkan peluang untuk anda bermalam di rumah kampung melayu tradisional yang terletak di tepi pantai.
Terletak di Kuala Tinggi Melaka, tempat penginapan menarik ini sesuai untuk mereka yang mencari resort yang luas untuk beristirehat bersama keluarga yang bertema tradisional melayu sambil menikmati suasana bercuti di tepi pantai.
Alamat : Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
Telefon : +60 3-4022 7728
Facebook: Desa Balqis
Instagram: Desa Balqis
Laman Web: desabalqis.com

32. Tanah Aina Farouq, Pahang

Lagi satu destinasi percutian popular yang bertemakan Eco Tourismadalah Tanah Aina Farouq Raub Pahang.
Anda boleh pilih untuk bermalam di dalam bilik persendirian atau jika anda lebih suka adventure anda boleh bermalam di dalam kemah yang disediakan.
Selain dari Tanah Aina Farouq Ada 3 lokasi lain dibawah urusan Tanah Aina iaitu:
  • Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong Pahang
  • Tanah Aina Farhana di Desaru Johor
  • Tanah Aina Fareena di Karak Pahang
Alamat : Tanah Aina Farouq – Lot 798, Jalan Tras Raub Pahang
Telefon : +603 5512 1006
Facebook: Tanah Aina Farouq
Instagram: Tanah Aina Farouq
Laman Web: tanahaina.com

31. The Dusun Mantin, Negeri Sembilan

Jika anda ada peluang untuk ke Seremban, cari lah alasan untuk bercuti di The Dusun Mantin. Resort ini mendapat nama “The Dusun” kerana asalnya ia merupakan dusun durian.
Pemiliknya menukar dusun ini kepada resort kerana mahu berkongsi keindahan dusun ini dengan orang ramai. Sampai ke hari ini, jika anda berminat, anda boleh mencuba durian yang tumbuh di dusun ini.
Rumah Rehat ini diperbuat daripada kayu dan direka dengan elemen modern-tradisional. Tetamu dapat melihat pemandangan hutan lipur semulajadi yang belum pernah disentuh manusia.
Supaya suasana resort tidak menjadi terlalu sesak dan untuk menjaga keindahan alam disini, hanya bilangan tetamu yang terhad dibenarkan menginap disini pada bila-bila masa.
Alamat : 3437, Kampung Kolam Air Mukim, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Facebook: The Dusun
Instagram: The Dusun
Laman Web: thedusun.com.my

30. Limas Tiga, Melaka

Lagi satu lokasi percutian suasana kampung tradisional yang lengkap dengan segala kemudahan moden. Resort Limas Tiga Umbai, Melaka ini pasti memukau sesiapa yang memilih untuk bermalam di sini.
Homestay peribadi yang dikhaskan untuk tetamu beragama Islam ini hanya mengambil masa perjalanan 2 jam dari Kuala Lumpur.
Resort ini dibahagikan kepada 3 rumah yang berasingan dan setiap rumah mempunyai 2 bilik tetamu yang luas. Antara kemudahan yang disediakan adalah kolam renang, bilik karaoke dan Wifi.
Alamat : 2046 Jalan Bukit Tembakau, 77300 Umbai, Melaka
Telefon : +6012 623 7687
Facebook: Limas Tiga
Instagram: Limas Tiga

29. Sekeping Serendah, Selangor

Mencari villa mewah dengan rekabentuk moden yang terletak ditengah-tengah hutan? teruskan pengembaraan anda ke resort Sekeping Serendah. Disini terdapat 10 pondok moden yang dibina di kawasan hutan tropikal seluas 5 ekar.
Tetamu dapat tidur didalam chalet yang berkonsep terbuka supaya mereka dapat menghayati dengan sepenuhnya pengalaman berehat ditengah hutan. Anda tidak perlu risau digigit nyamuk kerana setiap katil disediakan dengan kelambu.
Alamat : Sekeping Serendah, Jalan Ipoh, Kg Orang Asli, Serendah (N3.368050 E101.631150,)
Telefon : +6012 324 6552
Facebook: Sekeping Serendah
Instagram: Sekeping Serendah
Laman Web: sekeping.com

28. The Shorea, Negeri Sembilan

Apabila disebut sahaja nama Negeri Sembilan, Port Dickson adalah tempat pertama yang muncul di minda. Tidak ramai tahu tahu tentang permata yang tersembunyi di negeri tersebut.
The Shorea Negeri Sembilan telah dibina oleh sebuah artkitek yang menghargai ketenangan alam semulajadi sebagai tempat percutian peribadi untuk keluarganya.
Seiring dengan tema pemeliharaan alam, kayu yang dipakai untuk membina resort ini adalah kayu yang telah dikitar semula.
Di sini terdapat 2 kolam renang buatan manusia dan satu kolam renang air sungai semulajadi.
Selain daripada berehat didalam suasana resort yang mewah, anda juga berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti, mountain biking, jungle treking, nature walk dan mandi di air terjun Jeram Toi.
Alamat : Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon : +6017 300 5600
Facebook: The Shorea
Instagram: The Shorea
Laman Web: theshorea.com

27. Tubotel, Langkawi

Bilik yang diperbuat dari pembentung simen makin menjadi trend dunia pelancungan tempatan. Jika anda berada di langkawi dan hendak rasa pengalaman tidur didalam silinder simen anda boleh ke Tubotel Langkawi.
Hotel ini mempunyai 17 buah bilik dan anda boleh pilih sama ada anda mahu menghadap taman atau laut.
Jika anda mencari sesuatu yang lebih konventional, terdapat 2 bilik biasa utuk pilihan anda. Tubotel hanya 10 minit dari pantai cenang dan 35 minit dari pekan kuah.
Alamat : Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang, Malaysia
Telefon : +6014 240 7022
Facebook: Tubotel Langkawi
Instagram: Tubotel Langkawi
Laman Web: tubotel.com

26. Time Capsule Retreat, Pahang

Time Capsule Retreat ini terletak di Raub Pahang dan telah berjaya mengubahsuai paip pembentung simen menjadi bilik yang selesa. Setiap satu bilik terdapat penghawa dinginya tersendiri.
Untuk aktiviti anda boleh jelajah kawasan ini menaiki ATV, mandi di Air Terjun berdekatan, jalan di jambatan gantung, dan jungle trekking.
Disamping itu, sungai lembing mempunyai banyak tempat menarik seperti museum tin mining Sungai Lembing dan Ladang Rusa.
Alamat : Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang
Telefon :  +013 963 8888

25. The Container Hotel, Kuala Lumpur

Di Container Hotel Kuala Lumpur anda dapat tinggal di dalam kontena lama yang telah diubah suai menjadi bilik hotel yang selesa. Anda boleh pilih sama ada anda mahu bermalam di dalam bilik asrama ala backpacker, tube, atau bilik biasa.
Alamat : Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon : +603 2110 4388
Laman Web: containerhotel.my

24. Bustel Klebang, Melaka

Biasanya kita risau tertido dalam bas takut terlepas tempat yang patutnya kita berhenti. Tetapi kali ini anda boleh tido dengan lena di dalam Bus yang telah diubah suai menjadi hotel ini.
Diberi nama Bustel, tempat ini terletak di dataran satu Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Setiap bilik mempunyai kelengkapan yang sama seperti bilik hotel biasa.
Alamat : Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka, Malaysia
Telefon : +6019 741 4113
Facebook : Bustel Klebang
Instagram : Bustel Klebang

23. Seaventures Dive Resort, Sabah

Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.
Jika anda seseorang yang minat pada aktiviti scuba diving ini adalah salah satu destinasi menyelam yang harus dilawati. Terletak di segi tiga batu karang Sabah, pelantar minyak ini diubah suai menjadi dive rig dan telah meraih status PADI 5 star Dive Resort.
Alamat : Booking Office, G23B, Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephen Kota Kinabalu, Sabah 88000
Telefon : +60 88 251 669 | +60 17 811 6020
Laman Web : seaventuresdive.com

22. Capsule by Container Hotel, Selangor

Flight Delay memaksa anda bermalam di KLIA? bagus sekarang anda ada alasan untuk menginap di Capsule by Container Hotel KLIA. Hotel yang mendapat ilham dari Capsule Hotel yang banyak ditemui di Tokyo, memberi pegunjung peluang untuk berehat di dalam bilik capsule yang kecil.
Anda boleh memilih untuk menyewa bilik ini untuk 3, 6 atau 12 jam. Selain tempat tidur, Capsule Hotel ini juga menyediakan bilik mandi jika anda mahu menyegarkan diri sebelum penerbangan anda.
Alamat : Lot 1, 2 & 3, Gateway, Terminal KLIA2, 64000 Sepang, Selangor
Telefon : +603 7610 2020
Instagram : Capsule by Container
Laman Web : capsulecontainer.com

21. Canopy Tribes, Johor

Syurga Glamping yang tidak diketahui ramai ini terletak di Kota Tinggi Johor. Tidur didalam “Bell Tent” disamping flora dan fauna. Tidak perlu bawa sleeping bag atau membina unggun api untuk memasak, di sini segalanya disediakan, perkelahan mewah alaf baru.
Antara aktiviti yang anda boleh buat di sini adalah mandi air terjun, trekking di Gunung Panti, berbasikal, berkayak, dan menaiki ATV.
Tempat-tempat menarik yang berdekatan termasuk Crocodile farm, Ostrich Farm dan Bird Park yang menjadi rumah kepada 270 spesis burung tempatan exotik.
Alamat : 7815, Jln Lombong, Batu 8, Kota Tinggi, 81900 Johor.
Telefon : +6018 786 5152 | +6019 733 9866
Facebook : Canopy Tribes
Instagram : Canopy Tribes
Laman Web : canopytribes.com

20. Caravan Serai, Pahang

Caravan Seri Bentong, Pahang ini merupakan Villa peribadi yang mempunyai ladang buah, sungai , dan dikelilingi bukit-bukit hijau.
Anda boleh pilih untuk bermalam dibawah bintang di dalam kemah Delux Safari atau merehatkan diri di dalam bilik Caravan Suite.
Antara aktiviti yang disediakan adalah treasure hunt, team building, karaoke, volleyball dan berenang di Riverpool.
Alamat :  Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
Telefon : +603 7972 3655
Facebook: Caravan Serai
Instagram: Caravan Serai

19. Eight Acres, Pahang

Eight Acres Raub Pahang ini mendapat namanya dari keluasan tanah dimana resort ini didirikan. Dibina dengan konsep eko pelancongan, pemilik resort ini berharap ia dapat meningkatkan kesedaran cinta alam setiap orang yang mengunjung ke resort ini.
Drive ke sini hanya mengambil masa 1 jam 50 minit, menjadikan Eight Acres satu destinasi ideal untuk orang yang mecari tempat percutian yang dekat dengan bandar Kuala Lumpur.
Jika anda berpeluang untuk menginap di Villa ini, anda akan nampak unsur-unsur melayu tradisional pada setiap sudut dan setiap bilik dilengkapi dengan permainan tradisional seperti congkak, carom, dan mah-jong.
Jika anda sedang merancang road trip bersama rakan-rakan, anda mungkin mahu mencadangkan Villa ini kepada meraka kerana Villa ini boleh memuatkan seramai 30 orang sekali.
Alamat : Lot 7822, Mukim Gali, Off Sungai Klau, 27630 Raub, Pahang
Telefon : +603 7877 5048
Facebook: Eight Acres
Instagram: Eight Acres
Laman Web: eightacres.net

18. Casa Titik, Pahang

Nak rasakan macamana bercuti di villa sama seperti yang dilihat di sepanyol? Tunggu dulu jangan beli tiket kapal terbang tu lagi, datang saja ke Casa Titik Pahang untuk pengalaman ala “Spanish Villa”.
Casa Titik Resort ini boleh di jumpai di Kuantan Pahang dan ia terletak bersebelahan dengan pantai Cherating.
Ia merupakan sebuah Homestay Villa yang sesuai dijadikan tempat mengadakan acara seperti family day atau team buiding.
Villa ini mempunyai 10 bilik tetamu yang luas dan dilengkapi dengan dapur jika anda mahu memasak bersama keluarga. Disamping itu, Villa ini juga mempunyai kolam renang dan Jacuzzi.
Untuk aktiviti, anda boleh menunggang kuda, berjalan santai di pantai atau menjamu selera di gerai makanan berdekatan.
Alamat : Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, Sg. Baging, Mukim Sg. Karang, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang
Telefon : +6019 938 9620 | +609 581 9284
Facebook: Casa Titik
Instagram: Casa Titik
Laman Web: casatitik.com

17. Belum Eco Resort, Perak

Belum Eco Resort, yang terletak di Gerik Perak, adalah resort yang dibina di atas pulau kecil di tengah-tengah Tasik Belum dan disekelilingi hutan simpan Belum-Temengor Forest Reserve.
Tasik Belum merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di perak. Jenis penginapan di sini terbahagi kepada Chalet, Dorm, dan Boat House.
Aktiviti di sini termasuk lawatan ke perkampungan orang asli, melihat bunga Rafflesia di Pulau Besar, memancing, berkayak, dan melihat burung.
Alamat : 25, Hala Rasi Jaya 7, Taman Rasi Jaya, 31450 Menglembu, Perak, Malaysia.
Telefon : +6012 524 9184
Facebook: Belum Eco Resort

16. D’Ark Resort, Pahang

D’Ark resort terletak di Janda Baik, Pahang. Tempat ini menjadi destinasi utama syarikat mengadakan acara berkumpulan seperti team building, konvensyen dan staff training sambil bercuti.
Landskap hijau luas dan air sungai jernih mengalir membuat anda lupa stress di bandar.
Antara aktiviti yang disediakan untuk pengujung adalah berkelah, Jungle Trekking, memancing dan permainan tradisional seperti congkak, karom dan sepak takraw.
Alamat : Ashida Villa, Lot 5303, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang,
Telefon : 09 233 0031 |  09 233 0193

15. Terrapuri Heritage Village, Terengganu

Pernahkah anda melihat rumah kampung melayu tradisional Terrenganu? Di Terrapuri Heritage Village bukan saja and boleh melihat keunikan seni bina klassik orang utara, anda juga boleh menginap di sebuah rumah  kampung Terengganu klassik.
Terrapuri apabila diterjemah ke bahasa kita bermaksud “bumi istana”. Terrapuri Heritage Village ini terletak di kampung mangkuk Setiu, Terrenganu.
Anda dapat melihat pemandangan Laut Cina Selatan yang terbentang luas dihadapan anda dan pada hari yang terang, anda boleh melihat Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
Untuk menambah kepada senarai panjang sebab-sebab anda patut menginap di resort ini ialah 5 minit dari resort ini terdapat kawasan penyu terlindung dan jika anda bernasib baik anda mungkin dapat melihat penyu bertelur.
Anda juga boleh memilih untuk menyertai lawatan memancing atau scuba diving yang diaturkan oleh ejen yang didapati dikawasan berdekatan dengan resort ini.
Alamat : Kampong Mangkuk, 22120 Setiu, Terengganu
Telefon : +609 624 5020 | +609 631 2081
Laman Web: terrapuri.com

14. Rumah Rehat Adeline, Perak

Rumah Rehat Adeline terletak di Kampung Gerutum berdekatan denang Sungai Itik, Pahang dan hanya 7 km dari Bandar Gopeng. Disini anda boleh bermalam didalam pondok atap nipah.
Terdapat dua gua berdekatan Gua Tempurung dan Gua Kandu dan pihak resort menyediakan pakej Tour Guide jika anda berminat untuk meneroka gua tersebut. Selain daripada itu, terdapat banyak aktiviti menarik yang lain seperti wet abseiling, white water rafting di sungai Kampar, menaiki ATV, dan bermain paintball.
Alamat : 13302, Mukim Kampung Geruntum, 31600 Gopeng, Perak, Malaysia
Telefon : +605 359 2833 | +6010 366 7113
Instagram: Rumah Rehat Adeline

13. Kuang Kampong Retreat, Kuala Lumpur

Rindu suasana kampung tapi tak larat nak memandu balik, tidak mengapa, Kuang Kampong Retreat boleh menjadi pengganti. Terletak di Sungai Buloh anda hanya perlu memandu selama 30 minit untuk sampai ke tempat ini.
Di reka oleh pasangan suami-isteri arkitek, tempat kelusan 3350 kaki ini dibina oleh kayu dan batu dengan kampas semulajadi. Kayu yang di kitar semuala ini diambil dari istana lama kuala lipis dan di bina semula oleh tukang bina yand dibawa dari Kelantan.
Kuang Kampung Retreat boleh menempatkan seramai 7 orang dan mempunyai 3 bilik yang terdiri dari 1 bilik utama dan 2 bilik tetamu.
Tempat ini juga sesuai untuk acara istimewa seperti perkahwin, hari jadi atau majlis peribadi.
Alamat : Lorong Orkid, Kuang, 47000 Sungai Buloh, KL, Malaysia

12. The Hut, Melaka

Lagi satu tempat percutian yang berunsurkan tradisonal melayu yang berjaya masuk ke senarai ini adalah The Hut Melaka.
Rumah yang dibina oleh kayu yang dikitar semula bersama atap nipah menambah kepada suasana kampung melayu asli. Tetamu dapat menikmati pemandangan sawah padi, dan jeti nelayan di Pantai Siring.
Di sini sama seperti rumah sendiri, ada kemudahan basuh baju, memasak dan dapur yang lengkap untuk segala yang diperlukan untuk memasak.
Setiap bilik di lengkapkan dengan penghawa dingin, shower air panas, TV, dan katil yang selesa. Di luar ada kolam renang untuk kanak-kanak dan tempat BBQ.
Jika anda nak merasa ikan bakar yang terbaik di Melaka, anda boleh ke Medan Ikan Bakar yang boleh dijumpai berhampiran dengan resort. TheHut hanya 25 minit sahaja dari Bandar Melaka.
Alamat : M108, Kampung Serkam Timor, 77300 Merlimau, Melaka, Malaysia
Telefon : +6012 320 2611
Facebook: The Hut

11. The Kabin, Selangor

Kalau anda akan ke Pantai Remis Selangor, rugi kalau tak bermalam di The Kabin. Ia baru saja dibuka pada tahun 2014 dan tempat ini unik kerana ia merupakan hotel yang diperbuat oleh kontena lama yang telah diubah suai.
Kemudahan yang disediakan untuk pelanggan adalah kolam renang, tempat khas untuk BBQ, perkhidmatan Sewa Basikal, dan Bilik Karaoke.
Alamat : The Kabin, Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia.
Telefon : +60332640578 | +60176783825
Facebook: The Kabin
Instagram: The Kabin
Laman Web: thekabin.com.my

10. Fishing Bay Resort, Johor

Fishing Bay Resort ini terletak di Mersing dan mempunyai keluasan 1.2 hektar. Tempat ini amat sesuai untuk keluarga yang mencari tempat percutian menarik di tepi pantai.
Aktiviti di sini juga banyak, tetamu dapat menikmati sukan pantai seperti memancing, berkayak, snorkeling, dan anda juga boleh mengambil bot ke Pulau Gajah untuk meneroka Gua yang boleh dijumpai di atas pulau itu.
Alamat : 525 Teluk Buih Air Papan, 86800 Kampung Kayu Papan, Malaysia
Telefon : +607 799 6753 | +6012 712 6753
Facebook: Fishing Bay Resort
Instagram: Fishing Bay Resort

9. Trata Leka, Johor

Terletak di Parit Jawa Muar, Trata Leka menjanjikan pengunjungnya suasana percutian yang santai.
Rumah yang dijumpai di sini telah dibawa dari kampung yang berhampiran dan dipasang semula di tempat ini, mengekalkan semua ciri-ciri asal rumah kampung melayu asli.
Alamat : Lot 3554, Kampong Nelayan Benteng Laut, Pantai Leka, Parit Jawa, 84150 Muar, Johor
Telefon : +603 9285 2548
Facebook: Trata Leka
Instagram: Trata Leka

8. Sipadan Water Village, Sabah

Pernahkah anda melihat rumah berunsur seni reka kaum Bajau? Kalau jawapanya tidak anda boleh menjumpai rumah tersebut di Sipadan Water Village Resort, Sabah.
Terletak di Pulau Mabul, kawasan ini menjadi tempat kediaman nelayan Bajau. Satu ciri unik yang terdapat pada seni bina kaum Baju ini adalah mereka akan membina rumah mereka mengunakan bumbung pelepah.
Aktiviti yang menjadi tarikan ramai di sini adalah Scuba Diving. Pulau Mabul dan Sipadan terkenal sebagai destinasi Scuba Diving bertaraf dunia. Terdapat banyak spesis ikan exotik, batu karang dan penyu.
Alamat : TB 231, Lot 8, P.O.Box 62156, 91031 Tawau, Sabah
Telefon : +608 975 1777
Laman Web: swvresort.com

7. Tok Aman Bali Beach Resort, Kelantan 

Jarang kita dengar Kelantan disebut sebagai destinasi percutian popular di Malaysia. Walau bagaimanapun, jika dicari pasti akan dijumpai dan di Kelantan terdapat resort yang menarik bernama Tok Aman Bali Beach Resort.
Resort yang terletak di Pantai Tok Bali, Pasir Puteh merupakan resort bertaraf 4 bintang dan hanya 50 kilometer saja dari Bandar Kota Bharu.
Apakah resort tanpa pantai betul? Disini anda juga dapat menikmati keindahan pantai yang pasir putih yang santai.
Di tengah – tengah resort ini anda akan jumpa kolam renang yang luas dan berhampiran terletak sebuah bilik permainan kanak-kanak yang serba lengkap membuat tempat ini ideal untuk keluarga yang mencari tempat menginap semasa berada di Kelantan nanti.
Alamat : Lot 6264(1), Pantai Bisikan Bayu, Semerak, 16700 Pasir Puteh, Kelantan
Telefon : +609 691 8899
Laman Web: tokamanbali.com.my

6. Awan Mulan, Negeri Sembilan

Tersorok diatas bukit di Negeri Sembilan anda boleh jumpa sebuat rumah rehat istimewan bernama Awan Mulan. Semua bilik dibina untuk membawa rasa seperti anda berada di rumah sendiri.
Setiap rumah dilengkapkan dengan peralatan memasak dan tempat khas untuk BBQ disediakan.
Anda boleh pilih untuk berenang di Jungle Pool atau Sky Pool sambil menikmati pemandangan hutan.
Alamat : Kampung Baru Pantai, Jalan Jelebu,, Jelebu, Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon : +60 13 367 0767
Facebook: Awan Mulan
Instagram: Awan Mulan
Laman Web: awanmulan.com

5. Mutiara Resort Taman Negara, Pahang

Mutiara Resort Taman Negara ini terletak di Taman Negara Pahang. Tempat percutian ini sesuai untuk pencinta alam yang suka aktiviti lasak.
Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah jungle trekking, mendaki gunung, meneroka gua, canopy walk dan kesemua aktiviti berikut boleh diatur di Pusat Pelancongan Taman Negara.
Ketika disini nanti, ambil kesempatan untuk belajar sedikit tentang budaya Orang Asli dengan melawat perkampungan mereka yang berhampiran.
Kebanyakan Chalet disini diperbuat oleh Kayu dan setiap Chalet dilengkapkan dengan Tandas peribadi, Air Panas dan pengering rambut. Ada Chalet yang datang skali dengan ruang tamu dan dapur.
Alamat : Kuala Tahan Jerantut, 27000 Pahang Darul Makmur, Malaysia
Telefon : +609 266 3500

4. Villa Danialla, Kelantan

Mencari alasan untuk bercuti ke Kelantan? Selepas melihat kecantikan Villa Danialla yang terletak di Bachok ini cukup sebab untuk anda ke sana.
Bebas dari hiruk-pikuk Bandar, Villa Danialla sesuai untuk mereka yang mencari resort menarik di Kelantan yang terletak di tepi pantai.
Dari pantai ini anda akan dapat lihat laut cina selatan terbentang luas di hadapan anda.
Ada sepuluh jenis bilik yang berlainan yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian.
Pihak resort juga boleh menolong anda membuat daytrip ke pulau perhentian dari resort ini yang termasuk aktiviti snorkelling.
Alamat: Lot 385, Kandis, Jalan Tok Bali, 16310 Bachok, Kelantan
Telefon:  +6013 961 6000
Facebook: Villa Danialla
Instagram: Villa Danialla
Laman Web: villadanialla.com

3. Daun Daun Chalet, Pahang

Di buka pada tahun 2012, Daun Daun chalet terletak di Janda Baik, Pahang. Pemilik chalet ini memastikan yang keindahan alam sekitar dipelihara semasa penbinaan chalet ini.
Buat masa sekarang , anda boleh pilih untuk duduk dalam 4 jenis chalet yang berlainan bernama, Daun 1, Daun 2, Daun 3 dan Daun Cottage. Kalau anda nak menjamu selera anda boleh ke Kopi n Karf café untuk menikmati hidangan seperti Kuzi Ayam Kelantan, Popia Kemboja, dan Bakso.
Sebahagian dari duit yang anda bayar untuk menginap di chalet ini akan di gunakan untuk membiayai rumah anak yatim Nur Zaharah yang terletak bertentangan dengan chalet ini.
Alamat: Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia, Kampung Janda Baik, 28750, Pahang
Telefon:  +6010 239 7400 | +6016 329 0124
Facebook: Danau Daun Chalets
Instagram:  Daun Daun Chalets

2. Eagle Ranch Resort, Negeri Sembilan

Port Dickson memang terkenal dengan tempat yang menarik dan luarbiasa tetapi tidak disangka di sini kita terdapat resort yang bertema Cowboy.
Disini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (kemah kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy.
Bukan sekadar bilik yang unik, kawasan yang luas membuat tempat ini bagus untuk acara berkumpulan atau acara korporat seperti team building, seminar, kem motivasi dan hari keluarga.
Tempat ini juga menampilkan berbagai aktiviti yang menarik seperti paintball, flying fox, rapelling, go kart dan memanah.
Antara destinasi pelancongan yang berdekatan adalah Blue Lagoon Port, Muzeum Lukut, Zoo Port Dickson dan Pasir Pajang.
Alamat : Eagle Ranch Resort, 544, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson
Telefon : . +06 6610 495 | +06 6610 829
Facebook: Eagle Ranch Resort
Instagram: Eagle Ranch Resort
Laman Web: eagleranch.com.my

1. Classic Malay Home, Kuala Lumpur

Untuk mengakhiri post ini, saya telah memilih The Classic Malay Home kerana saya rasa ramai yang bekerja di bandar Kuala Lumpur tidak pernah merasa bermalam di dalam rumah kampung.
Ramai yang tidak tahu wujudnya sebuah rumah kampung tradisional melayu ditengah-tengah bandar dan hanya perlu ke Jalan Dato Keramat untuk menjumpainya.
Mungkin anda tidak akan nampak ayam berkeliaran atau apabila memandang luar tingkap tidak kelihatan sawah padi terbentang luas, tapi anda hanya perlu naik LRT saja jika anda mahu menginap di The Classic Malay Home ini.
Rumah dua bilik ini dilengkapi dengan segala kemudahan rumah moden dan boleh memuatkan 6 orang tetamu. Di sini juga terdapat Wifi, bagus jika mahu bercuti sambil menyiapkan kerja atau membalas email.
Booking untuk The Classic Malay Home ini perlu dibuat melalui Air BNB. Jika anda menggunakan laman web ini buat kali pertama anda boleh mendapat diskaun sebanyak RM136 keatas booking pertama anda dengan mengunakan Kod diskaun Air BNB ini.

Selesai sudah 42 Tempat Percutian Menarik di Malaysia yang saya senaraikan untuk kemudahan anda. Saya harap senarai ini dapat menolong anda memilih tempat menginap semasa anda bercuti nanti.
Jika anda ada cadangan destinasi percutian yang menarik yang saya tidak sertakan diatas sila komen di bawah dan saya akan kemaskini senarai ini.
Atau anda ada kenangan manis menginap di mana – mana resort di atas dan mahu berkongi pengalaman, saya harap anda boleh tinggalkan komen dibawah kerana ia sangat membantu orang lain membuat pilihan mereka.
Saya tinggalkan anda dengan soalan ini, jika anda diberi satu pilihan tempat mana anda akan pilih?
Sila kongsi pilihan anda dibawah.